Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Friday, November 17, 2017

10 TIPS TINGKATKAN KESUBURAN

Assalamualaikum dan hi semua 

Kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga memang jadi idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin. Samada cepat atau lambat. 

Ada berbagai cara dan usaha yang boleh dilakukan. Yang penting teruskan berusaha dan berikhtiar. Yakin dengan ketentuan Allah swt. 




Dalam entri kalini gee akan berkongsi tips untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Antaranya ialah; 


1- Amalkan gaya hidup sihat

Rajin bersenam untuk mengekalkan berat badan ideal dan BMI normal. Ia penting untuk membantu kitaran haid dan membolehkan ovulasi lebih teratur.


2- Mengambil makanan sihat dan seimbang

Pemakanan sangat penting agar badan dapat nutrisi sepenuhnya supaya badan dan organ berfungsi secara optimum.

Contohnya banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, elakkan memakan makanan yang berlemak, makanan ringan dan segera.


3- Berhenti merokok!

Dengan berhenti merokok ia boleh membantu meningkatkan kualiti dan jumlah sperma pasangan.


4- Hindar diri dan pasangan daripada penyakit jangkitan seksual.


5- Elak memakai seluar dalam yang ketat atau pergi ke sauna untuk pasangan lelaki.


6- Tingkatkan hubungan kelamin dari dua hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur (hari ke 12 hingga 16) bagi meningkatkan peluang kehamilan.


7- Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur atau sakit semasa haid. Ia berkemungkinan wanita mengalami masalah hormon tidak stabil atau ada endometriosis.


8- Berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan secara berterusan serta mendapatkan sokongan keluarga dan rakan.


9- Berdoa dan berharap agar usaha untuk mendapat zuriat dipermudahkan. Mudah mudahan berkat kesabaran membuahkan hasil dan kejayaan. InshaAllah.

Sentiasa yakin dan bersangka baik dengan Allah swt.


10. Pengambilan makanan tambahan atau suplemen seperti multivitamin, asid folik, vitamin C, vitamin E dan selenium.

Seperti yamg dicadangkan oleh Doktor Hamid Arshat.




Untuk pengambilan suplemen, gee cadangkan suplemen Shaklee. Apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee ini?

Set Kesuburan Shaklee ini boleh diambil oleh suami isteri seawal yang boleh sebagai persediaan untuk badan kita menerima orang baru.


Set Kesuburan Shaklee untuk ISTERI

1. GLA COMPLEX. Ia untuk membantu menstabilkan kitaran haid tidak teratur. Kitaran haid ini sangat penting untuk wanita bagi membantu menentukan waktu subur. 

GLA COMPLEX juga boleh membetulkan hormon dan membantu menghasilkan ovum yang sihat bagi wanita serta memperbaiki senggugut. 


2. ALFALFA untuk mengatasi masalah keputihan yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, antara penyebab susah lekat. Ia juga untuk stamina dan bertindak sebagai KACIP FATIMAH semasa suami isteri bersama.


3. B-COMPLEX mengandungi Folic Acid yang sangat penting untuk perkembangan awal baby. Asid folik memang disarankan oleh Doktor untuk diambil semasa sedang ikhtiar untuk hamil lagi. 


4. ESP untuk menguatkan otot rahim. Kadang-kadang ada yang lekat tapi tak kuat and gugur semula sebagai haid. InshaaAllah dengan mengambil ESP ia boleh membantu menguatkan rahim untuk perlekatan lebih kuat. 

Selain itu, ESP juga penting untuk: 

1. Ada phytoestrogen dalam ESP yang boleh membantu menyeimbangkan hormon wanita
2. Meggalak proses pemulihan sel yang rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
3. Membantu menghasilkan sperma yang berkualiti
4. Mengawal berat badan dan menurunkan koesterol. Kolesterol tinggi ditukar menjadi estrogen. Estrogen ini yang menjejaskan kesuburan
5. Mengawal paras gula. Gula tinggi akan merosakkan sel badan termasuk sel telur. Ia berisiko untuk menyebabkan keguguran dan kecacatan janin



Set Kesuburan Shaklee untuk SUAMI

5 . VITAMIN E sangat penting untuk kesuburan lelaki. Vitamin E membantu meningkatkan kekerapan penghasilan air mani bagi suami.

Satu kajian pada tahun 1924, vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600IU - 800 IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 


6. Multivitamin VITALEA juga penting untuk suami. Multivitamin VITALEA ada mengandungi Zinc. 

Tahu tak zinc penting untuk kesuburan lelaki selain daripada melindungi prostat. 

Zinc boleh membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, dan meninggikan kiraan sperma. Sebab itu sangat penting untuk mengamil zinc yang cukup untuk keupayaan seks yang bertenaga.






Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!





Tuesday, November 14, 2017

Kenapa Saya Setia dengan Shaklee #2


Assalamualaikum dan hi semua :)

Ok. Kalini gee sambung bahagian 2 Kenapa Saya Setia dengan Shaklee. 



Alkisahnya ... 

Dulu masa zaman belajar lagi kat universiti tu kan macam macam cita-cita gee. 

Nak kerja kat sini la, nak kerja jadi tu laa. Seronok masa tu borak dengan kawan-kawan. Hihi. Rasa rindu pulak zaman belajar.  


Tapi kan bila dah habis belajar tak sangka pulak terjebak buat bisnes Shaklee. Mula dulu makan jer produk dia. ee mula ambik Vitamin C dulu.

Lepastu baru tergerak nak buat bisnes Shaklee. Hanya duduk rumah dah boleh dapat jana pendapatan tiap bulan. Ni memang salah satu bidang yang tak terfikir gee nak buat pun sebenarnya. 


Mungkin ramai ingat gee ni jadi penganggur duk umah je kan? Sebab kat kampung kan dorang selalu tanya Gee tak kerja lagi ke? Biasa orang kampung ni "  anggap kerja kerajaan " tu bagus. Hehe normal lah kan. 

Tapi gee tak kisah pun. Duduk rumah tapi boleh dapat incom 4 angka sebulan. Alhamdulillah sapa nak bagi kan?


Bonus Shaklee masuk akaun (gee) bank kita. Biasanya dia masuk awal 14hb. 


Dengan pendapatan / bonus Shaklee ni la gee dapat; 

• Bagi duit kat mak ayah
• Bayar hutang PTPTN
• Bayat zakat tiap bulan
• Bayar bil air & elektrik umah
• Bekal suplemen tiap bulan (paling utana Ostematrix untuk kesihatan tulang mereka)

Best kan? Sebabtu lah gee SETIA dengan Shaklee sampai sekarang.

Kenapa bisnes Shaklee?

Bayangkan duduk rumah, dapat income 4-5-6 angka. Pastu dapat tengok mak ayah kat rumah slalu. Rasa gembira sangat. 

Nilah KERJAYA yang gee nak sekarang. 

Bagi gee sendiri, bisnes Shaklee ni memang best. Bila buat betul-betul, rajin & komited pasti boleh berjaya!

Sebab gee dah tengok sendiri mentor-mentor Shaklee ( Master Shaklee) yang lain terbukti berjaya dengan buat bisnes Shaklee saja. 




Salah satu impian gee nak pencen awal dengan Shaklee sebelum umur 35 tahun. Moga dipermudahkan impian gee ni. Amin Ya Allah Ya Mujib.

Siapa nak join gee buat bisnes Shaklee jom! Kita buat sampai berjaya!!! 

InshaAllah gee akan guide dan bantu korang semua.

SHAKLEE THE BEST!!!


Macam mana cara nak join bisnes Shaklee? Boleh hubungi ke sini terus 013-5707812.


#SetiaSelamanyaShaklee
#S2UfamilliesCampaign
#ETcampaign




Monday, November 13, 2017

KENAPA SAYA SETIA DENGAN SHAKLEE #1


Assalamualaikum dan hi semua :)

Entri kalini gee nak sahut challenge dari grup Shaklee. Masing masing buat KENAPA SAYA SETIA DENGAN SHAKLEE. 

Ok ni bahagian 1 gee buat.




Seronok sangat rasa bila waktu pagi takda dah bersin!

Korang pun mesti suka kan?

Gee ingat lagi dulu slalu fikir 

" sampai bila la nak baik bersin ni? Asal pagi je bersin, hidung berair & hidung sampai gatal2 tak tahan! " 

Sampaikan bila kena habuk, debu jer mesti non stop bersin, jadi selsema and demam terus!

Nampak sangat antibodi lemah😒

Nak tau tak

Tiap kali bersin nonstop tu kan

Tiap kali tu amik ubat selsema warna kuning 

Tiap kali tu gak rasa ngantuk lepas amikπŸ˜’

Sampai bila nak camtu kan?

Then satu hari tu tergerak amik Vitamin C Shaklee

Mula beli dulu untuk kulit sebenarnya

Tapi tak sangka Ya Allah bersin pun ada berubah sama. Kesan tu gee rasa dalam 2-3 minggu macam tu gee perasan pagi pagi dah kurang bersin dan hidung tak berair. 
Alhamdulillah syukur sangat Allah temukan dengan Shaklee 

Sampai sekarang bersin tu dah ok. Tak teruk macam dulu dah
Sekarang tau kan apa sebab gee SETIA dengan Shaklee ni

Jika boleh memang taknak brand lain dah (diehard fan sungguh hihi)

SHAKEE THE BEST!!!

IπŸ’šSHAKLEE

#SetiaSelamanyaShaklee
#ETcampaign



Next entri dari gee untuk bahagian 2, Kenapa Saya Setia dengan Shaklee 2 



Thursday, November 2, 2017

Promosi Shaklee: November 2017


Bulan November ni Shaklee buat promosi lagi best dari yang lepas.

Jika bulan Oktober lepas ada Promosi ESP, bulan ni ada 3 Promosi best!!

Apa dia? Jom cuci mata tengok gambar dulu untuk promosi bulan ni.


1- Promosi VIVIX 

Beli 2 botol Vivix dapat ...

• Less 5%
• Free Membership
• Free Postage
• Cash back RM 36. 10

Total semua lebih kurang RM 150!



Apa itu VIVIX?

Boleh baca kat sini, VIVIX



2- Beli mana-mana kombo set berikut dan cukup 100uv,

ESP
VITAMIN C
VITALEA 
BCOMPLEX
OMEGA GUARD

Boleh beli GLA COMPLEX @ VITAMIN E dengan harga lebih murah ( diskaun 20% tiap satu)




3- Promosi Vitalea Kids 

Beli 3 botol Percuma 1 botol!




VITALEA: MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK DENGAN RASA ANGGUR ! 


» Ia lengkap dengan 18 multivitamin & multimineral termasuk 100% Vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi dalam badan di mana ia tidak dapat diperolehi semuanya dari makanan seharian.

» Juga mengandungi 200mg kalsium, magnesium, zinc, cooper dan banyak lagi yang akan membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang kanak-kanak.

.


✔Membantu menguatkan kecerdasan minda
✔Menyokong kesihatan dan pembinaan tulang yang kuat
✔Menguatkan gigi
✔Membekal makanan kepada sel badan untuk memastikan tubuh lebih bertenaga dan sihat
✔Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
✔Melindungi kesihatan otot, jantung dan fungsi saraf
✔Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal
✔Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia atau merawat anemia
✔Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
✔Mencegah penyakit beguk (tiroid)
✔Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian

.

Siapa yang perlu mengambil Vita-Lea For Children?

Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas yang ada masalah :

▪Kurang minum susu
▪Kurang atau memilih makanan
▪Tak suka makan sayur, buah
▪Kerap jatuh sakit seperti demam, selsema
▪Kurang aktif dan cergas

Vita-Lea For Children juga sesuai diambil jika ibu bapa yang ingin menguatkan sistem imun tubuh dan melengkap nutrisi harian anak-anak.







PROMOSI SAH SEPANJANG BULAN NOVEMBER 2017 INI SAJA!!

JOM DAPATKAN SEKARANG SEBELOM STOK HABIS!




Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




Wednesday, November 1, 2017

10 Makanan Pembakar Lemak Terbaik


Untuk mengurangkan berat badan, pemakanan sangat-sangat mempengaruhi.

Misalnya makanan pembakar lemak dapat membantu mempercepatkan metabolisme, membina otot dan tubuh kekal dalam proses untuk mengurangkan berat badan.

Tahu tak yang metabolisme juga boleh menukar makanan yang kita makan kepada tenaga.


Apa dia makanan pembakar lemak terbaik untuk menurukan berat badan?


1.Buah-buahan jenis limau

Buah jenis ini akan membantu meningkatkan paras insulin dalam badan. Dia juga membantu kita kurang rasa lapar.

Contoh buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air tinggi boleh mengurangkan berat badan kita.





2.Sayur-sayuran dan buahan yang sihat

Mengambil sayur-syuran dan buah-buahan sangat penting dalam rutin pemakanan harian kita. Sebabnya buah dan sayur mengandungi pelbagai zat galian, vitamin dan serat yang sangat penting untuk tubuh badan kita.





Dan ia juga bebas kolesterol serta mempunyai kandungan lemak dan kalori yang mudah.

Dan meminum banyak air juga membantu membakar lemak dan menurunkan BMI.


3.Telur

Telur adalah sumber protein seimbang yang baik dan ia boleh membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot semasa kita kehilangan berat badan. 




4.Cili

Makin pedas cili makin bagus efek dia. Cili adalah makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme dan membantu membakar kalori.




5.Yogurt rendah lemak

Yogurt rendah lemak adalah sumber terbaik dan sihat dari segi protein dan kalsium. Ia terbukti boleh membantu mempercepatkan metabolisme badan.




Ada satu kajian mendapat seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh mengurangkan berat badan hingga 2 kali lebih cepat!

Kenapa? Sebab mereka memperoleh sekurangnya 1200 mg kalsium sehari berbanding mereka yang kurang mendapat kalsium.


6.Bijirin

Ia boleh membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme tubuh selepas makan. 



Tapi elakkan bijirin yang telah ditapis kerana ia menyebabkan kadar metabolisme badan akan mula menyimpan lemak.


7. Cuka

Ia mengandungi asid untuk membantu badan memecah lemak yang berlebihan.


8. Makanan kekacang

Contohnya tauhu dan edamame antara protein yang sihat. Ia boleh membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan.





9. Daging yang tak berlemak

Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang. Contihnya membuang kulit dulu pada daging sebelum ia dimasak.

Ia adalah makanan terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Pastikan sentiasa memilih dada ayam tanpa kulit untuk hasil terbaik.


10. Asdi lemak Omega 3

Ia merupakan sumber protein yang sangat baik dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Selain itu, asid lemak omega 3 juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan. 






Menurut Christien Gerbstadt, ahli diet dan jurucakap American Dietetic Association, kadar metabolisme yang lambat bukan hanya disebabkan usia, tapi juga dikaitkan dengan komposisi badan. Ia termasuk faktor genetik, diet dan aktiviti kecergasan.


× × × 


Set Bakar Lemak Shaklee

Apa fungsi dia? Jom ...


LECITHIN 
- menyerap vitamin larut lemak A,D,E,K
- Menghalang enapan lemak dihati
- Memecahkan lemak & kolestrol
- Membersih salur darah
- Pengambilan tambahan dapat mengemulsi dan membantu metabolism lemak, kolestrol & trigliserid dalam tubuh
- Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang
- Meringankan sembelit, meleraikan toksin  dalam usus


OMEGA GUARD ( Omega 3 )
- membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak
- Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan disekitar pinggang
- Kurangkan selera makan, rasa kenyang lebih lama
- Kurangkan keradangan + penakungan air ditisu badan
- Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan memberikan kesan penurunan berat yang signifikan









Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




Tuesday, October 31, 2017

Testimoni Esp Shaklee: Berat Turun 2Kg

Assamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Ok entri kalini gee nak share testimoni customer yang minum ESP.


Customer gee yang ni dia minum ESP dalam bulan puasa haritu. Dalam tempoh sebulan tu dia gtau ada perubahan berat dah turun 2kg!

Alhamdulillah seronok kan? hihi





Ok. Yang sorang lagi customer gee ni dia kata selera makan ada berkurang dan slalu rasa kenyang. 



Yes kenyang minum ESP. Bila dah terbiasa amik ESP ni kan gee sendiri pun perasan selera makan tu boleh kawal. Kurang nak makan yang manis & jajan semua tu. 

Sebabtu meraka yang nak kurus tu direkomen amik ESP skali.


1 hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu! 

Sebabtu la rasa kenyang sangat!


Then protein ESP juga penting untuk otot. Otot ni penting juga untuk pembakaran lemak tau tak? 


Ok. Ada lagi yang best pasal ESP ni jugak. 

Mari kita baca KELEBIHAN DAN KEHEBATAN ESP SHAKLEE yang terbukti berkesan. 


πŸ’™ 1 tin ESP 850gram dihasilkan daripada 30 kg kacang soya

πŸ’™ Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.

πŸ’™ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

πŸ’™ Protein lengakap (9 asid amino) yang penting untuk fungsi tubuh

πŸ’™ Rendah lemak dan tiada kolesterol

πŸ’™ Indeks glisemik rendah (39) membuatkan ia sesuai untuk yang ada Diabetes & ingin kurus

πŸ’™ Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam

πŸ’™ Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

πŸ’™ Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

πŸ’™ Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan.

πŸ’™ Memberi ton warna kulit yang sekata.

πŸ’™ Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu

πŸ’™ Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi.

πŸ’™ Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

πŸ’™ Membantu mengurangkan risiko kanser


Sebab tu ESP SHAKLEE ni jadi pilihan dan kegilaan ramai!



Korang semua! 

TODAY IS THE LAST DAY PROMO ESP!! 

YA HARINI 31 OKT 2017!




Free shaker untuk tiap belian 
ESP for my lovely costomers :)







Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




Monday, October 30, 2017

My Shaklee Story: Testimoni ESP




Apa Shaklee beri pada saya ?

Nak sharing sikit kat korang semua yang setia datang blog gee ni :)

Selalu gee asyik share testimoni orang lain je kan.

Ok kalini gee nak share apa gee dapat bila consume ESP pulak.


Mula amik ESP dulu sebab semua cakap ESP ni bagus untuk kulit. Carik testimoni ESP kat google mesti berlambak testimoni ESP untuk kulit. Dalam grup shaklee pun ramai share ESP untuk kulit lagi. 

Memang jelesss lah kan. Nama la perempuan mesti suka bab cantik ni. Hihi 

So gee terus la order ESP nak cuba rasa sendiri efek dia. 


Apa yang gee dapat bila rajin minum ESP ni;


• Ada parut jerawat tu dia cepat elok 


• Kesan hitam bekas jerawat pun cepat je hilang dari biasa 


• Kulit rasa lebih tegang (ni paling bestt laa masa awal2 dulu memang rasa!)


• Rasa kenyang agak lama even lewat lunch pun perut tak rasa kosong melampau (korang ada gastrik wajib try ESPπŸ‘)


• Badan tak rasa letih sangat.


• Kuku jadi cantik tak mudah patah. 

Satu lagi kuku kaki gee dulu masa kecik pernah tercabut sebab laci almari jatuh atas kaki. Memang menangis la masa tu kan. So sampai gee besar kuku ibu jari kaki gee tak cantik. Macam ada kesan pecah kat tengah kuku. Ingat akan jadi macam tu sampai bila-bila. 

Tapi syoknya sekarang dah cantik sikit kuku ibu jari gee tau. So dari situ gee nekad nak terus minum ESP. Tak nak skip. 

Aha lagi satu untuk kuku ni korang amik ESP dengan zinc skali. Zinc tu boleh amik multivitamin Vitalea. 


• Rambut dah jarang gugur banding dulu and rambut tak kuning rosak hujung dia (sebab rambut ni perlu protein, ESP kan suplemen protein kan?) 


Nak rasa macam gee jugak korang kena try ESP ni dulu ok. 


Macam nilah isi ESP tu ya 


Feveret gee! ESP mix plain water



Esok dah last day promo ESP tau!! 

Ya, ESOK 31 OKTOBER 2017 AKAN TAMAT PROMOSI ESP!!!

So kena cepat-cepat grab sebelum promo tamat and sebelum ESP habis tiba-tiba kan? 

Expired date ESP pun lambat lagi tahun 2019. 








Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




Saturday, October 28, 2017

Set Penyusuan Shaklee




Susu ibu adalah yang terbaik untuk si baby.

Tapi dalam usaha ibu untuk memberi penyusuan penuh buat di manja tentunya ada cabaran untuk mendapat susu yang cukup. 

Selain pemakanan harian,  suplemen juga boleh membantu ibu-ibu meningkatlan susu. 


Suplemen shaklee juga ada skali untuk ibu-ibu yang ingin meningkatkan dan menambah penghasilan susu ibu. 


Apa yang ada dalam set penyusuan ini? Ok, jom gee nak cerita dengan ibu-ibu semua apa fungsi dan kebaikan setiap supelemen yang ada dala set ini.




1. Vitalea (zat besi)

Vitalea adalah multivitamin lengkap dengan vitamin dan mineral penting untuk para ibu. Dalam diet harian hidangan multivitamin yang lengkap sukar diperoleh. Jadai jumlah vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat agar dapat memberi manfaat kesihatan ibu dan bayi. 

Menariknya Vitalea Shaklee lengkap dengan zat besi bagi mengelak ibu yang mudah pitam dan pening selepas menyusukan bayi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 

Tapi elakkan mengambil Vitalea dengan minuman bersusu kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan.


2.Vitamin C (500mg)

Selain untuk kulit ia juga penting untuk ibu dan bayi. Dalam satu kajian,ibu yang menyusu bayi dan dalam masa yang sama mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C amat bermanfaat kepada bayi. 

Penyusuan bayi secara ekskusif tanpa melupakan pengambilan vitamin C dapat melindungi bayi dari kekurangan vitamin C. 

Vitamin C penting untuk meningkatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat. Jika ibu ada masalah puting melecet, luka dan berdarah,insya allah akan mudah sembuh dengan mengambil vitamin C. 

Pengambilan 1 tablet Vitamin C Shaklee cukup menyediakan 500mg vitamin C dan ia amat sesuai dengan kadar pengambilan seharian ibu.


3. Energizing Soy Protein, ESP

Protien penting untuk pertumbuhan bayi. Sumber protein yang baik seperti protein soya amat penting untuk meningkatkan pengeluaran susu. Protein berperanan membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. 

Para ibu perlu mengambil paling kurang 3 hidangan protein berkhasiat dalam diet seharian. 

Protein ESP menyediakan 14g protein untuk setiap hidangan. ESP juga lengkap dengan semua asid amino yang diperlukan badan. Malah, ESP juga membekalkan tenaga kepada ibu dan mencantikkan kulit si ibu dan bayi. 


4. B Complex (Asid Folik)

Vitamin Bcomplex Shaklee lengkap dengan semua jenis vitamin B yang diperlukan termasuk asid folik.

Vitamin Bcomplex sangat penting kepada para ibu dan bayi. Ia berfungsi untuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. 

Vitamin Bcomplex juga merupakan vitamin antistress, penenang semulajadi. Ibu yang menyusukan bayi harus mendapatkan vitamin B kompleks yang cukup dalam diet harian untuk kebaikan dan kesihatan ibu juga bayi.


5. Ostematrix (kalsium)

Ostematrix lengkap dengan kalsium, vitamin D, magnesium untuk penyerapan maksimum. 1 tablet Ostematrix bersamaan 250mg kalsium, jadi ibu disaran untuk mengambil 4 hingga 5 biji Ostematrix sehari.

Tahukah anda 40% daripada susu ibu merupakan kalsium. Kalsium penting untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Para ibu yang menyusui bayi digalakkan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari. 


6. Alfalfa Complex

Alfalfa kaya dengan nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semuanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan ibu dan bayi yang sihat. 

Alfalfa juga telah digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Alfalfa juga melancarkan sistem perkumuhan dan membuang angin dalam badan.

* Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.


7. Omegaguard (Asid Lemak Omega 3) 

Ibu yang mengambil asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan akan memberi manfaat kepada pengembangan otak dan mata anak. Ia telah terbukti secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. 

Kanak-kanak yang diberi susu ibu kebanyakan tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.


Tapi perlu ingat yer, set penyusuan shaklee ni bukan bila ambil terus banyak susu. Kena ikut jugak teknik yang betul dalam proses penyusuan.

Barulah proses penyusuan berjaya! inshaAllah

Satu lagi jangan lupa banyakkan berdoa dan berzikir.





Testimoni-testimoni Set Penyusuan Shaklee 



















Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




5 TIPS RANGSANG BANYAK SUSU IBU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ok. Entri kalini gee share bab penyusuan pulak yer. Sebab gee ada terbaca info dalam majalah. So gee share kat blog gee untuk manfaat bersama. Apa tips dia?



1. Kerapkan menyusu atau mengepam 

Susukan bayi sekurangnya selang tiga jam sekali. Sama juga dengan rutin memerah susu (jika berpisah dengan bayi). Buat tiga jam sekali.


2. Jangan tunggu penuh 

Elakkan dari menunggu payudara penuh sebelum menyusu bayi atau mengepam. Kena yakin yang payudara sentiasa ada susu. Bila payudara kosong, tubuh automatik menghasilkan semula lebih banyak susu.


3. Pam pada waktu malam

Rajin mengepam pada waktu malam dan jadikan ia sebagai rutin. Hormon prolaktin banyak dihasilkan antara jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi. 


4. Minum banyak air

Rajinkan diri untuk minum banyak air kosong sepanjang tempoh penyusuan. Paling baik cuba minum 3 liter air setiap hari.


5. Menyusu atau mengepam lebih lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusu atau mengepam. Biarkan baby menyusu dengan puas sebelum menukar ke payudara yang sebelah lagi. 

Semasa memerah, ambil masa antara 15-20 minit bagi setiap payudara. Semasa tempoh itu pastikan payudara betul-betul kosong sebelum berhenti memerah. 


sumber; majalah  pa&ma








Friday, October 27, 2017

9 Tips Pemakanan Semasa Hamil


Ibu hamil perlu mengambil kira pemakanan masa hamil untuk memastikan si ibu dan kandungan sihat & selamat. 

Bukan sahaja diet sihat seimbang dari makanan harian tapi pengambilan makanan tambahan juga penting untuk mendapatkan nutrien yang cukup. 

Antara makanan yang penting untuk ibu yang bakal hamil atau sedang hamil; 


1- ASID FOLIK

Vitamin tambahan yang sangat penting. Ia adalah sejenis vitamin B larut air. 

Bagi yang merancang untuk hamil, ia perlu diambil seawal 3 bulan sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah spina bifida iaitu kelemahan tiub saraf yang biasa berlaku di bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut menyebabkan lumpuh dan hilang kekal. 

Berapa perlu diambil? 
Sekurangnya 400 mikrogram asid folik semasa pra hamil. Inj boleh membantu mengurangkan risiko spina bifida sehingga 70%. 

Tapi bagi wanita yang mempunyai sejarah melahirkan bayi dengan kelemahan tiub saraf, sawan dan diabetes perlukan dos lebih hingga 4mg.


2- KALSIUM DAN VITAMIN D 

Kalsium bukan saja untuk tulang dan gigi yang kuat tapi juga penting untuk sistem peredaran, otot dan saraf. 

Berapa perlu diambil?
Sekurangnya 1000mg kalsium sehari semasa merancang kehamilan. 

Vitamin D juga penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium. 

Sumber kalsium : produk tenusus - susu, dadih, keju


3- MAGNESIUM

Bukan saja penting untuk gigi dan tulang, ia juga penting untuk sistem enzim dan penguncupan otot.


4- ZAT BESI 

Unsur penting dalam pembentukan hemoglobin dan peredaran oksigen. 

Masa hamil kadungan zat besi boleh berkurang kerana ia di kongsi bersama janin. Jadi, si ibu perlu pastikan paras zat besi cukup untuk mengelak anemia dan memastikan bayi dapat zat besi yang cukup. 

Antara risiko bayi yang kurang zat besi ialah kurang berat badan dan meningkatkan risiko pendarahan masa bersalin. 


5- PROTEIN

Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. 


6- KARBOHIDRAT

Menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk pengeluaran tenaga.


7- LEMAK 

Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen struktur bagi semua tisu dan dianggap sebagai pembina semua jenis sel. 


8- VITAMIN C 

Ia penting untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk menguatkan daya ketahanan badan. Jadi vitamin C perlu diambil setiap hari. 


9- VITAMIN A 

Sangat penting untuk mata, tulang, kulit dan paru-paru bayi. Tapi dos vitamin A berlebihan boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi. 

Produk-produk rawatan jerawat mungkin ada vitamin A yang tinggi. Jadi, ibu amik perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 


* * * 


Suplemen Shaklee untuk ibu hamil . 

Set mana yang sesuai? 




SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE JADI PILIHAN RAMAI sebabnya:

- kawal berat badan supaya tak naik mendadak
- kawal HB supaya cantik sepanjang kehamilan
- memberi kalsium, tanpa alasan tak lalu atau tak sempat minum susu setiap hari 


APA YANG ADA DALAM SET KEHAMILAN SHAKLEE?

ESP (Protein)
-Bantu mengekalkan asid amino yang membentuk otot dan organ bayi.
-Memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu hamil.
-Kulit ibu cantik,gebu,licin.
-Kulit bayi mulus,gebu dan bersih.
-Elak koyakan perenium yang besar ketika bersalin.

B COMPLEX(Asid Folik)
-Melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
-Menghalang ibu dari risiko kanser dan strok.

VITALEA (Zat Besi)
-Multivitamin lengkap untuk keperluan ibu hamil.
-Lengkap dengan banyak jenis vitamin iaitu vitamin A, B, C, D, E, zinc, zat besi, etc..
-Mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
-Bantu elakkan HB rendah ketika hamil.
-Mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan.

VITAMIN C
-Tingaktkan imunisasi ibu dan bayi.
-Mengurangkan risiko terkena demam atau selsema ketika hamil.
-Cantikkan dan cerahkan kulit ibu dan bayi.
-Bantu penyerapan iron dalam tubuh yang penting untuk pembentukan hemoglobin.

OSTEMATRIX (kalsium, Vitamin D)
-Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi.
-Mengelakkan kekejangan dan sakit belakang.
-Mengatasi masalah sembelit yang selalu ibu hamil alami

OMEGA GUARD (omega 3)
-Membantu perkembangan dan tumbesaran bayi.
-Mengawal berat badan ketika hamil.
-DHA dan EPA dari omega penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.















Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!