Monday, November 20, 2017

Cara Bancuh ESP Shaklee dengan Susu Strawberi


Assalamualaikum dan hi semua 

Harini gee nak berkongsi satu resepi baru ESP.  Iaitu cara bancuh ESP Shaklee dengan susu strawberi. Ni kali pertama gee cuba buat dan rasa. 

Ok. Jom gee bagi tunjuk cara bancuhan ESP Shaklee dengan susu perisa strawberi. 


Mula-mula sediakan susu strawberi Goodday dan tuang dalam shaker. Gee letak dalam angaran 500ml. Berapa sukatan ikut masing-masing ok. 

Lepastu gee letak 3 sudu ESP Shaklee dalam susu strawberi. 



Kemudian gee shake shake dulu ESP Shaklee dengan susu strawberi tadi. Lepastu baru gee letak ais cube. 

Nak letak berapa ketul ais cube tu terpulang. Macam gee sendiri memang letak banyak sampai dua kali tambah sebab tak nak rasa dia yang manis sangat tu hihi. 



Tapi bila tambah ais cube ni memang lagi sedap la rasa dia. Lagi ummmppph!!! Hehe



Tadaaa dah siap! Boleh minum dah sekarang. Buat minum sarapan pagi ni memang cun sebab kenyang sangat. 

Bagi yang tak sempat sarapan dan tengah "otw" ke pejabat tu boleh bawa bekal ESP Shaklee ni sambil minum dalam kereta dalam jam pagi-pagi. 

Tapi memang tak mengantuk la lepas minum ESP. Buat kita rasa lebih bertenaga dan boleh fokus kerja. Ni gee bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. 


Tapi cara minum ESP Shaklee untuk kurus tu kan lagi baik guna air kosong. Elakkan guna air manis ya. Sebab ESP Shaklee ni dia memang rendah lemak dan karbohidrat, tiada kolesterol jadi memang sesuai sangat la untuk bantu mereka yang nak kurus dengan ESP Shaklee. 


Cara buat ESP Shaklee dengan air kosong ni lagi cepat dah mudah. Rasa semua tahu. 

Gee bagitau cara bancuh ESP Shaklee yang biasa gee buat. Letak air kosong dalam shaker dan tambah 2 atau 3 sudu ESP lepastu terus shake shake dah siap! Senang sangat kan. 

Paling bagus 3 sudu ESP Shaklee lagi kenyang. Ni memang selalu gee buat. 

Ok. Selamat mencuba! 



Throwback Jadi Cikgu Ganti Di Sekolah Rendah


Assalamualaikum dan hi semua


Entri kalini gee nak throwback pengalaman gee jadi cikgu ganti selama 3 bulan kat sekolah rendah.

Apa nama sekolah?

SK SENAU bertempat di Kampung Senau Oya, Mukah  di Sarawak. 

Sekolah ni sebenarnya tempat gee sekolah masa tahun 1 hingga tahun 6 dulu. Dah lama berlalu kan tapi macam sekejap je rasa. 

Dan ada lagi cikgu-cikgu yang ajar gee dulu masa sekolah rendah. Hihi. Seronok rasa dapat jumpa. 

Ok gee share gambar lah yer. 



Ni keadaan dalam bilik guru. Yang ni bilik guru baru. Masa gee sekolah kecik dulu lagi kecil tempat dia. Bagi gee yang sekarang lagi baik la kan.








Berselpie dengan budak tahun 6





Ni kat dewan sekolah. Pelajar waktu pagi antara jam 0700 - 0730 pagi memang wajib la ada kat dewan semua buat aktiviti yang ditetapkan. Ada cikgu skali akan pantau. 



* * * 


AKTIVITI HARI SUKAN DI SEKOLAH



Acara tarik tali


Tengok orang main gasing


Ibu bapa pun join main tarik tali




Lepas abis hari sukan tu ramai berkumpul amik gambar dengan ibu bapa skali




* * *


Majlis Penyampaian Sijil 


Selpie dengan adik gee πŸ˜ƒ




Aktiviti sampingan belah petang
Pertandingan ratu cantik dari segi baju 


Adik sepupu gee tengah catwalk hihi
Yang baju maroon tuπŸ˜ƒ


Ni finalist 5 orang 




Ok. Sekian saja hihi 

Alhamdulillah pengalaman yang seronok bagi gee. Dapat peluang bagi ilmu dan tunjuk ajar kat anak murid kampung gee sendiri. 

Selain daoay bergaul mesra dengan guru skali. Memang best sangat. 

Syukur dapat pengalaman macam ni. 





Sunday, November 19, 2017

11 Cara Mengatasi Kemurungan


Assalamualakum dan hi semua :))


Kemurungan boleh menjadi serius dan satu penyakit jika anda tidak mengatasinya dengan baik. Ada ramai juga yang menganggap kemurungan bukan suatu penyakit Sebaliknya ia adalah simptom biasa yang senang untuk ditangani. Malah ada juga yang bertindak lebih agresif apabila terlalu tertekan.





Gee bagi sekali tanda-tanda seseorang itu ada masalah kemurungan. Kena amik tahu agar kita dapat membantu mereka yang ada di seeliling kita.





Jom gee nak berkongsi cara-cara mengatasi kemurungan. Apa yang boleh kita / anda buat,


1. Minta Bantuan

Jangan malu untuk meminta bantu bagi menyelesaikan masalah. Boleh mencari bantuan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja atau kawan agar dapat melegakan sedikit beban emosi kita.


2. Bersenam

Senaman adalah cara terbaik untuk kerana ia bukan saja membantu membina bentuk tubuh yang lebih baik dan sihat tapi ia juga dapat meningkatkan tenaga positif dalam sistem badan kita. Dengan bersenam ia dapat membantu merembeskan hormon serotonin dan testosteron yang boleh menstabilkan perasaan dan memendamkan kemurungan dalam diri.


3. Diet Seimbang

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti buah-buahan, sayuran, daging, kekacang dan karbohidrat dapat membantu mengawal emosi dengan lebih baik untuk mengatasi kemurungan.

Ia bukan saja mengekalkan kesihatan fizikal tapi juga boleh memulihkan perasaan kecewa.


4. Bercakap dengan Psikiatri

Cara paling mudah dan mujarab untuk mengatasi kemurungan ialah dengan bantuan psikiatri. Perunding psikologi boleh membantu anda untuk mengetahui punca kemurungan dan secara tak langsung boleh membantu mengurangkan masalah.


5. Ikut Perskripsi

Setiap ubat yang dibekalkan boleh membantu membantutkan kemurungan dan mengembalikan kesihatan mental seseorang.


6. Memelihara Haiwan

Haiwan peliharaan mempunyai hubungan yang baik dengan tuannya. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai haiwan kesayangan mampu menangani kemurungan berbanding mereka yang tinggal bersendirian. Perhubungan ini dapat membantu menghindari perasaan negatif.


7. Tidur

Dapatkan waktu tidur yang cukup dan berkualiti. Kajian menunjukkan bahawa tidur selama 7-8 jam setiap malam menunjukkan kurang gejala kemurungan berbanding mereka yang kurang tidur pada waktu malam. Dengan tidur juga dapat membantu mengurangkan beban emosi dan boleh pulih dari kemurungan.


8. Mendengar Muzik

Mendengar muzik boleh menenangkan fikiran. Muzik boleh mengubah perasaan kita, meningkatkan semangat dan emosi. Tapi elak dari mendengar muzik yang beremosi dan sedih kerana ia boleh memberi kesan emosi negatif.


9. Membaca Buku Motivasi

Membaca buku motivasi boleh memberi semangat dan nasihat bagaimana seseorang itu boleh mengatasi kemurungan. Ia juga akan memberi motivasi yang diperlukan dalam mengharungi perasaan keccewa.


10. Jadi Positif

Kekalkan pandangan dan pemikiran yang positif adalah cara terbaik untuk mengelak dari fikiran negatif dan perasaan sedih serta elak kemurungan.


11. Sinaran Matahari

Apa kaitan? Vitamin D dari cahaya matahari boleh merembes hormon serotonin.Ia memberi rasa yang lebih positif dan cergas kepada diri kita. Apabila anda berasa sugul, pergi keluar untuk mendapatkan cahaya matahari (paling baik waktu pagi) untuk mendapatkan emosi yang lebih baik.



Moga bermanfaat ^_^




Friday, November 17, 2017

10 TIPS TINGKATKAN KESUBURAN

Assalamualaikum dan hi semua 

Kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga memang jadi idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin. Samada cepat atau lambat. 

Ada berbagai cara dan usaha yang boleh dilakukan. Yang penting teruskan berusaha dan berikhtiar. Yakin dengan ketentuan Allah swt. 




Dalam entri kalini gee akan berkongsi tips untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Antaranya ialah; 


1- Amalkan gaya hidup sihat

Rajin bersenam untuk mengekalkan berat badan ideal dan BMI normal. Ia penting untuk membantu kitaran haid dan membolehkan ovulasi lebih teratur.


2- Mengambil makanan sihat dan seimbang

Pemakanan sangat penting agar badan dapat nutrisi sepenuhnya supaya badan dan organ berfungsi secara optimum.

Contohnya banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, elakkan memakan makanan yang berlemak, makanan ringan dan segera.


3- Berhenti merokok!

Dengan berhenti merokok ia boleh membantu meningkatkan kualiti dan jumlah sperma pasangan.


4- Hindar diri dan pasangan daripada penyakit jangkitan seksual.


5- Elak memakai seluar dalam yang ketat atau pergi ke sauna untuk pasangan lelaki.


6- Tingkatkan hubungan kelamin dari dua hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur (hari ke 12 hingga 16) bagi meningkatkan peluang kehamilan.


7- Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur atau sakit semasa haid. Ia berkemungkinan wanita mengalami masalah hormon tidak stabil atau ada endometriosis.


8- Berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan secara berterusan serta mendapatkan sokongan keluarga dan rakan.


9- Berdoa dan berharap agar usaha untuk mendapat zuriat dipermudahkan. Mudah mudahan berkat kesabaran membuahkan hasil dan kejayaan. InshaAllah.

Sentiasa yakin dan bersangka baik dengan Allah swt.


10. Pengambilan makanan tambahan atau suplemen seperti multivitamin, asid folik, vitamin C, vitamin E dan selenium.

Seperti yamg dicadangkan oleh Doktor Hamid Arshat.




Untuk pengambilan suplemen, gee cadangkan suplemen Shaklee. Apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee ini?

Set Kesuburan Shaklee ini boleh diambil oleh suami isteri seawal yang boleh sebagai persediaan untuk badan kita menerima orang baru.


Set Kesuburan Shaklee untuk ISTERI

1. GLA COMPLEX. Ia untuk membantu menstabilkan kitaran haid tidak teratur. Kitaran haid ini sangat penting untuk wanita bagi membantu menentukan waktu subur. 

GLA COMPLEX juga boleh membetulkan hormon dan membantu menghasilkan ovum yang sihat bagi wanita serta memperbaiki senggugut. 


2. ALFALFA untuk mengatasi masalah keputihan yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, antara penyebab susah lekat. Ia juga untuk stamina dan bertindak sebagai KACIP FATIMAH semasa suami isteri bersama.


3. B-COMPLEX mengandungi Folic Acid yang sangat penting untuk perkembangan awal baby. Asid folik memang disarankan oleh Doktor untuk diambil semasa sedang ikhtiar untuk hamil lagi. 


4. ESP untuk menguatkan otot rahim. Kadang-kadang ada yang lekat tapi tak kuat and gugur semula sebagai haid. InshaaAllah dengan mengambil ESP ia boleh membantu menguatkan rahim untuk perlekatan lebih kuat. 

Selain itu, ESP juga penting untuk: 

1. Ada phytoestrogen dalam ESP yang boleh membantu menyeimbangkan hormon wanita
2. Meggalak proses pemulihan sel yang rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
3. Membantu menghasilkan sperma yang berkualiti
4. Mengawal berat badan dan menurunkan koesterol. Kolesterol tinggi ditukar menjadi estrogen. Estrogen ini yang menjejaskan kesuburan
5. Mengawal paras gula. Gula tinggi akan merosakkan sel badan termasuk sel telur. Ia berisiko untuk menyebabkan keguguran dan kecacatan janin



Set Kesuburan Shaklee untuk SUAMI

5 . VITAMIN E sangat penting untuk kesuburan lelaki. Vitamin E membantu meningkatkan kekerapan penghasilan air mani bagi suami.

Satu kajian pada tahun 1924, vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600IU - 800 IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 


6. Multivitamin VITALEA juga penting untuk suami. Multivitamin VITALEA ada mengandungi Zinc. 

Tahu tak zinc penting untuk kesuburan lelaki selain daripada melindungi prostat. 

Zinc boleh membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, dan meninggikan kiraan sperma. Sebab itu sangat penting untuk mengamil zinc yang cukup untuk keupayaan seks yang bertenaga.






Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!





Tuesday, November 14, 2017

Kenapa Saya Setia dengan Shaklee #2


Assalamualaikum dan hi semua :)

Ok. Kalini gee sambung bahagian 2 Kenapa Saya Setia dengan Shaklee. 



Alkisahnya ... 

Dulu masa zaman belajar lagi kat universiti tu kan macam macam cita-cita gee. 

Nak kerja kat sini la, nak kerja jadi tu laa. Seronok masa tu borak dengan kawan-kawan. Hihi. Rasa rindu pulak zaman belajar.  


Tapi kan bila dah habis belajar tak sangka pulak terjebak buat bisnes Shaklee. Mula dulu makan jer produk dia. ee mula ambik Vitamin C dulu.

Lepastu baru tergerak nak buat bisnes Shaklee. Hanya duduk rumah dah boleh dapat jana pendapatan tiap bulan. Ni memang salah satu bidang yang tak terfikir gee nak buat pun sebenarnya. 


Mungkin ramai ingat gee ni jadi penganggur duk umah je kan? Sebab kat kampung kan dorang selalu tanya Gee tak kerja lagi ke? Biasa orang kampung ni "  anggap kerja kerajaan " tu bagus. Hehe normal lah kan. 

Tapi gee tak kisah pun. Duduk rumah tapi boleh dapat incom 4 angka sebulan. Alhamdulillah sapa nak bagi kan?


Bonus Shaklee masuk akaun (gee) bank kita. Biasanya dia masuk awal 14hb. 


Dengan pendapatan / bonus Shaklee ni la gee dapat; 

• Bagi duit kat mak ayah
• Bayar hutang PTPTN
• Bayat zakat tiap bulan
• Bayar bil air & elektrik umah
• Bekal suplemen tiap bulan (paling utana Ostematrix untuk kesihatan tulang mereka)

Best kan? Sebabtu lah gee SETIA dengan Shaklee sampai sekarang.

Kenapa bisnes Shaklee?

Bayangkan duduk rumah, dapat income 4-5-6 angka. Pastu dapat tengok mak ayah kat rumah slalu. Rasa gembira sangat. 

Nilah KERJAYA yang gee nak sekarang. 

Bagi gee sendiri, bisnes Shaklee ni memang best. Bila buat betul-betul, rajin & komited pasti boleh berjaya!

Sebab gee dah tengok sendiri mentor-mentor Shaklee ( Master Shaklee) yang lain terbukti berjaya dengan buat bisnes Shaklee saja. 




Salah satu impian gee nak pencen awal dengan Shaklee sebelum umur 35 tahun. Moga dipermudahkan impian gee ni. Amin Ya Allah Ya Mujib.

Siapa nak join gee buat bisnes Shaklee jom! Kita buat sampai berjaya!!! 

InshaAllah gee akan guide dan bantu korang semua.

SHAKLEE THE BEST!!!


Macam mana cara nak join bisnes Shaklee? Boleh hubungi ke sini terus 013-5707812.


#SetiaSelamanyaShaklee
#S2UfamilliesCampaign
#ETcampaign




Monday, November 13, 2017

KENAPA SAYA SETIA DENGAN SHAKLEE #1


Assalamualaikum dan hi semua :)

Entri kalini gee nak sahut challenge dari grup Shaklee. Masing masing buat KENAPA SAYA SETIA DENGAN SHAKLEE. 

Ok ni bahagian 1 gee buat.




Seronok sangat rasa bila waktu pagi takda dah bersin!

Korang pun mesti suka kan?

Gee ingat lagi dulu slalu fikir 

" sampai bila la nak baik bersin ni? Asal pagi je bersin, hidung berair & hidung sampai gatal2 tak tahan! " 

Sampaikan bila kena habuk, debu jer mesti non stop bersin, jadi selsema and demam terus!

Nampak sangat antibodi lemah😒

Nak tau tak

Tiap kali bersin nonstop tu kan

Tiap kali tu amik ubat selsema warna kuning 

Tiap kali tu gak rasa ngantuk lepas amikπŸ˜’

Sampai bila nak camtu kan?

Then satu hari tu tergerak amik Vitamin C Shaklee

Mula beli dulu untuk kulit sebenarnya

Tapi tak sangka Ya Allah bersin pun ada berubah sama. Kesan tu gee rasa dalam 2-3 minggu macam tu gee perasan pagi pagi dah kurang bersin dan hidung tak berair. 
Alhamdulillah syukur sangat Allah temukan dengan Shaklee 

Sampai sekarang bersin tu dah ok. Tak teruk macam dulu dah
Sekarang tau kan apa sebab gee SETIA dengan Shaklee ni

Jika boleh memang taknak brand lain dah (diehard fan sungguh hihi)

SHAKEE THE BEST!!!

IπŸ’šSHAKLEE

#SetiaSelamanyaShaklee
#ETcampaign



Next entri dari gee untuk bahagian 2, Kenapa Saya Setia dengan Shaklee 2 



Thursday, November 9, 2017

7 cara mudah atasi stress





Setiap orang pasti ada mengalami stres. Dan ada pelbagai cara yang mereka buat untuk menghilangkan stres seperti pergi ke spa atau bercuti.

Tapi ada cara lebih mudah dan murah atasi stress. Apa dia? Jom …



1. Lakukan rutin menyenangkan

Buat aktiviti atau rutin yang menyenangkan ketika stress hingga ia membuatkan hati dan fikiran berasa tenang. Contohnya mendengar muzik, berenang, menonton movie kegemaran.



2. Cari udara segar

Keluar dan berjalan pada waktu pagi untuk mendapat udara segar. Apabila kita dapat menikmati udara pagi, suasan pagi yang tenang dan nyaman dengan sinaran cahaya matahari pagi boleh membantu meningkatkan hromon serotonon.

Kajian oleh Washington State University menunjukkan bahawa dengan melatakkan tanaman di meja pejabat boleh menurunkan tekanan dan mengurangkan stress.



3. Bayangkan tempat tenang

Cuba banyangkan satu tempat yang buat kita rasa tenang. Contoh kawasan yang banyak dengan pokok bunga, gunung-ganang, pemandangan laut biru dan sebagainya.

Tutup mata dan fokus pada pemandangan tempat yang menarik tadi, cuba lakukan beberapa minit setiap hari.

Hasil penelitian daripada University of California, Los Angeles menunjukkan bahawa badan akan mengeluarkan lebih sedikit hormon stress (kortisol) semasa otak membanyangkan tempat yang indah dan tenang.



4. Mandi

Mandi dengan air hangat dengan bauan aromaterapi atau lilin wangi di dalam tab mandi. Pilih haruman lavender atau melati kerana ia boleh mengurangkan dan menghilangkan stress.


5. Senaman

Bersenam juga boleh meningkatkan hormon endorphin hingga ia membuatkan kita berasa lebih baik.

Hormon ini mengatur ritma tidur, meningkatkan tenaga dan membantu rasa lebih tenang serta fokus. Pilih jenis senaman yang senang dan suka untuk kita buat.



6. Makan pisang

Apa kaitan? Zat yang terdapat di dalam pisang boleh meningkatkan pengeluaran hormon serotonin.

Tahu tak kekurangan hormon serotonin membuatkan seseorang cepat merah dan lebih emosional.

Bersarapan dengan pisang akan meningkatkan penghadaman, pembuluh darah serta melindungi badan daripada stress.




7. Bersyukur

Penilitian daripada National institutes of Health mendapati sesorang yang menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih dapat meningkatkan aktiviti hypothalamus.

Hypothalamus adalah bahagian yang berfungsi dalam mempengaruhi paras stress. Kita boleh meulahkan rasa syukur dengan menulis nota kecil atau mengucap terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan.

Sebab itu dalam agama, islam khususnya kita digalakkan untuk selalu mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah agar hati tenang selalu.Secara tak langsung ia membantu mengatasi dan menghilangkan rasa stress.



Moga cara-cara yang gee share ni boleh membantu korang mengatasi stress.

Terima kasih. Entri lain gee akan share lagi tip-tip lain yang bermanfaat ok. ^_^




Thursday, November 2, 2017

Promosi Shaklee: November 2017


Bulan November ni Shaklee buat promosi lagi best dari yang lepas.

Jika bulan Oktober lepas ada Promosi ESP, bulan ni ada 3 Promosi best!!

Apa dia? Jom cuci mata tengok gambar dulu untuk promosi bulan ni.


1- Promosi VIVIX 

Beli 2 botol Vivix dapat ...

• Less 5%
• Free Membership
• Free Postage
• Cash back RM 36. 10

Total semua lebih kurang RM 150!



Apa itu VIVIX?

Boleh baca kat sini, VIVIX



2- Beli mana-mana kombo set berikut dan cukup 100uv,

ESP
VITAMIN C
VITALEA 
BCOMPLEX
OMEGA GUARD

Boleh beli GLA COMPLEX @ VITAMIN E dengan harga lebih murah ( diskaun 20% tiap satu)




3- Promosi Vitalea Kids 

Beli 3 botol Percuma 1 botol!




VITALEA: MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK DENGAN RASA ANGGUR ! 


» Ia lengkap dengan 18 multivitamin & multimineral termasuk 100% Vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi dalam badan di mana ia tidak dapat diperolehi semuanya dari makanan seharian.

» Juga mengandungi 200mg kalsium, magnesium, zinc, cooper dan banyak lagi yang akan membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang kanak-kanak.

.


✔Membantu menguatkan kecerdasan minda
✔Menyokong kesihatan dan pembinaan tulang yang kuat
✔Menguatkan gigi
✔Membekal makanan kepada sel badan untuk memastikan tubuh lebih bertenaga dan sihat
✔Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
✔Melindungi kesihatan otot, jantung dan fungsi saraf
✔Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal
✔Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia atau merawat anemia
✔Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
✔Mencegah penyakit beguk (tiroid)
✔Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian

.

Siapa yang perlu mengambil Vita-Lea For Children?

Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas yang ada masalah :

▪Kurang minum susu
▪Kurang atau memilih makanan
▪Tak suka makan sayur, buah
▪Kerap jatuh sakit seperti demam, selsema
▪Kurang aktif dan cergas

Vita-Lea For Children juga sesuai diambil jika ibu bapa yang ingin menguatkan sistem imun tubuh dan melengkap nutrisi harian anak-anak.







PROMOSI SAH SEPANJANG BULAN NOVEMBER 2017 INI SAJA!!

JOM DAPATKAN SEKARANG SEBELOM STOK HABIS!




Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




Wednesday, November 1, 2017

10 Makanan Pembakar Lemak Terbaik


Untuk mengurangkan berat badan, pemakanan sangat-sangat mempengaruhi.

Misalnya makanan pembakar lemak dapat membantu mempercepatkan metabolisme, membina otot dan tubuh kekal dalam proses untuk mengurangkan berat badan.

Tahu tak yang metabolisme juga boleh menukar makanan yang kita makan kepada tenaga.


Apa dia makanan pembakar lemak terbaik untuk menurukan berat badan?


1.Buah-buahan jenis limau

Buah jenis ini akan membantu meningkatkan paras insulin dalam badan. Dia juga membantu kita kurang rasa lapar.

Contoh buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air tinggi boleh mengurangkan berat badan kita.





2.Sayur-sayuran dan buahan yang sihat

Mengambil sayur-syuran dan buah-buahan sangat penting dalam rutin pemakanan harian kita. Sebabnya buah dan sayur mengandungi pelbagai zat galian, vitamin dan serat yang sangat penting untuk tubuh badan kita.





Dan ia juga bebas kolesterol serta mempunyai kandungan lemak dan kalori yang mudah.

Dan meminum banyak air juga membantu membakar lemak dan menurunkan BMI.


3.Telur

Telur adalah sumber protein seimbang yang baik dan ia boleh membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot semasa kita kehilangan berat badan. 




4.Cili

Makin pedas cili makin bagus efek dia. Cili adalah makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme dan membantu membakar kalori.




5.Yogurt rendah lemak

Yogurt rendah lemak adalah sumber terbaik dan sihat dari segi protein dan kalsium. Ia terbukti boleh membantu mempercepatkan metabolisme badan.




Ada satu kajian mendapat seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh mengurangkan berat badan hingga 2 kali lebih cepat!

Kenapa? Sebab mereka memperoleh sekurangnya 1200 mg kalsium sehari berbanding mereka yang kurang mendapat kalsium.


6.Bijirin

Ia boleh membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme tubuh selepas makan. 



Tapi elakkan bijirin yang telah ditapis kerana ia menyebabkan kadar metabolisme badan akan mula menyimpan lemak.


7. Cuka

Ia mengandungi asid untuk membantu badan memecah lemak yang berlebihan.


8. Makanan kekacang

Contohnya tauhu dan edamame antara protein yang sihat. Ia boleh membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan.





9. Daging yang tak berlemak

Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang. Contihnya membuang kulit dulu pada daging sebelum ia dimasak.

Ia adalah makanan terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Pastikan sentiasa memilih dada ayam tanpa kulit untuk hasil terbaik.


10. Asdi lemak Omega 3

Ia merupakan sumber protein yang sangat baik dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Selain itu, asid lemak omega 3 juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan. 






Menurut Christien Gerbstadt, ahli diet dan jurucakap American Dietetic Association, kadar metabolisme yang lambat bukan hanya disebabkan usia, tapi juga dikaitkan dengan komposisi badan. Ia termasuk faktor genetik, diet dan aktiviti kecergasan.


× × × 


Set Bakar Lemak Shaklee

Apa fungsi dia? Jom ...


LECITHIN 
- menyerap vitamin larut lemak A,D,E,K
- Menghalang enapan lemak dihati
- Memecahkan lemak & kolestrol
- Membersih salur darah
- Pengambilan tambahan dapat mengemulsi dan membantu metabolism lemak, kolestrol & trigliserid dalam tubuh
- Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang
- Meringankan sembelit, meleraikan toksin  dalam usus


OMEGA GUARD ( Omega 3 )
- membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak
- Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan disekitar pinggang
- Kurangkan selera makan, rasa kenyang lebih lama
- Kurangkan keradangan + penakungan air ditisu badan
- Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan memberikan kesan penurunan berat yang signifikan









Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




Tuesday, October 31, 2017

Testimoni Esp Shaklee: Berat Turun 2Kg

Assamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Ok entri kalini gee nak share testimoni customer yang minum ESP.


Customer gee yang ni dia minum ESP dalam bulan puasa haritu. Dalam tempoh sebulan tu dia gtau ada perubahan berat dah turun 2kg!

Alhamdulillah seronok kan? hihi





Ok. Yang sorang lagi customer gee ni dia kata selera makan ada berkurang dan slalu rasa kenyang. 



Yes kenyang minum ESP. Bila dah terbiasa amik ESP ni kan gee sendiri pun perasan selera makan tu boleh kawal. Kurang nak makan yang manis & jajan semua tu. 

Sebabtu meraka yang nak kurus tu direkomen amik ESP skali.


1 hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu! 

Sebabtu la rasa kenyang sangat!


Then protein ESP juga penting untuk otot. Otot ni penting juga untuk pembakaran lemak tau tak? 


Ok. Ada lagi yang best pasal ESP ni jugak. 

Mari kita baca KELEBIHAN DAN KEHEBATAN ESP SHAKLEE yang terbukti berkesan. 


πŸ’™ 1 tin ESP 850gram dihasilkan daripada 30 kg kacang soya

πŸ’™ Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.

πŸ’™ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

πŸ’™ Protein lengakap (9 asid amino) yang penting untuk fungsi tubuh

πŸ’™ Rendah lemak dan tiada kolesterol

πŸ’™ Indeks glisemik rendah (39) membuatkan ia sesuai untuk yang ada Diabetes & ingin kurus

πŸ’™ Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam

πŸ’™ Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

πŸ’™ Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

πŸ’™ Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan.

πŸ’™ Memberi ton warna kulit yang sekata.

πŸ’™ Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu

πŸ’™ Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi.

πŸ’™ Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

πŸ’™ Membantu mengurangkan risiko kanser


Sebab tu ESP SHAKLEE ni jadi pilihan dan kegilaan ramai!



Korang semua! 

TODAY IS THE LAST DAY PROMO ESP!! 

YA HARINI 31 OKT 2017!




Free shaker untuk tiap belian 
ESP for my lovely costomers :)







Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




Monday, October 30, 2017

My Shaklee Story: Testimoni ESP




Apa Shaklee beri pada saya ?

Nak sharing sikit kat korang semua yang setia datang blog gee ni :)

Selalu gee asyik share testimoni orang lain je kan.

Ok kalini gee nak share apa gee dapat bila consume ESP pulak.


Mula amik ESP dulu sebab semua cakap ESP ni bagus untuk kulit. Carik testimoni ESP kat google mesti berlambak testimoni ESP untuk kulit. Dalam grup shaklee pun ramai share ESP untuk kulit lagi. 

Memang jelesss lah kan. Nama la perempuan mesti suka bab cantik ni. Hihi 

So gee terus la order ESP nak cuba rasa sendiri efek dia. 


Apa yang gee dapat bila rajin minum ESP ni;


• Ada parut jerawat tu dia cepat elok 


• Kesan hitam bekas jerawat pun cepat je hilang dari biasa 


• Kulit rasa lebih tegang (ni paling bestt laa masa awal2 dulu memang rasa!)


• Rasa kenyang agak lama even lewat lunch pun perut tak rasa kosong melampau (korang ada gastrik wajib try ESPπŸ‘)


• Badan tak rasa letih sangat.


• Kuku jadi cantik tak mudah patah. 

Satu lagi kuku kaki gee dulu masa kecik pernah tercabut sebab laci almari jatuh atas kaki. Memang menangis la masa tu kan. So sampai gee besar kuku ibu jari kaki gee tak cantik. Macam ada kesan pecah kat tengah kuku. Ingat akan jadi macam tu sampai bila-bila. 

Tapi syoknya sekarang dah cantik sikit kuku ibu jari gee tau. So dari situ gee nekad nak terus minum ESP. Tak nak skip. 

Aha lagi satu untuk kuku ni korang amik ESP dengan zinc skali. Zinc tu boleh amik multivitamin Vitalea. 


• Rambut dah jarang gugur banding dulu and rambut tak kuning rosak hujung dia (sebab rambut ni perlu protein, ESP kan suplemen protein kan?) 


Nak rasa macam gee jugak korang kena try ESP ni dulu ok. 


Macam nilah isi ESP tu ya 


Feveret gee! ESP mix plain water



Esok dah last day promo ESP tau!! 

Ya, ESOK 31 OKTOBER 2017 AKAN TAMAT PROMOSI ESP!!!

So kena cepat-cepat grab sebelum promo tamat and sebelum ESP habis tiba-tiba kan? 

Expired date ESP pun lambat lagi tahun 2019. 








Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!