5 sebab anda perlu ambil B-Complex setiap hari


Asalamualaikum dan Hi semua ^_^

Harini cik gee nak berkongsi tentang vitamin B-Complex. Ada yang makan B-Complex dari Shaklee juga?


Mari.. cik gee nak bagi 5 sebab anda perlu ambil B-Complex setiap hari

1-Selalu stres? Tertekan?
Makan B-Complex 1-2 biji tiap hari. Terbaik untuk anda yang selalu stress dan tertekan. Vitamin B12 bertindak melindungi kesihatan fungsi saraf dan dapat meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

2-Sakit kepala
Khas buat anda yang kerap diserang sakit kepala boleh makan B-complex. . Vitamin B3 (Niacin) ni salah satu fungsi dia membantu memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala.

3-Mencantikkan kulit
Antara vitamin terbaik untuk kulit. Vitamin B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin) mengekalkan dan menjaga kecantikan kulit. Makan 1-2 biji setiap hari vitamin B-Complex membantu kulit lebih berseri dan melindung kulit dari sinaran UV matahari.

4-Tenaga
Badan selalu rasa letih dan lelah? B-Complex pilihan terbaik untuk anda sebab vitamin B akan menukar makanan kepada tenaga.

5-Ada asid folik
Ini yang paling penting terutama anda yang merangcang untuk hamil dan sedang hamil. Asid folik penting untuk mencegah kecacatan tiub neural.


tablet dia warna kuning tapi kecil .. mudah ditelan

kecil saja botol dia boleh muat dalam handbag ^_^





Post a Comment

0 Comments