4 KEPENTINGAN SARAPAN UNTUK KANAK-KANAK YANG ANDA TIDAK TAHU




4 KEPENTINGAN SARAPAN UNTUK KANAK-KANAK YANG ANDA TIDAK TAHU

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi ! Jangan tinggal sarapan pagi! Mesti sarapan pagi! Selalu dengan ayat macam itu kan tapi sejauh mana kita mengamalkannya??

Kebanyakan dari kita seringkali meninggalkan sarapan pagi sebab sibuk nak pergi kerja, tak sempat nak buat sarapan, tak perlu sarapan dan macam-macam lagi alasan.


“ istilah sarapan pagi dalam bahasa inggeris iaiti breakfast bermaksud berbuka puasa iaitu puasa yang bermula dari waktu makan malam pada malam sebelumnya sehingga waktu makan tengah hari hari berikutnya. Sarapan penting untuk memberikan tenaga melakukan aktiviti seharian”


Menurut Majlis Maklunat Pemakanan Antarabangsa (IFIC) di Washington, seseorang yang makan secara konsisten akan mendapat khasiat serat, kalsium, vitamin A, vitamin C, riboflavin, zink dan zat besi di samping jumlah kalori dan lemak makanan yang lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.



Apa kepentingan sarapan untuk anak-anak anda pula?? 


1. Kesihatan

Kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil sarapan setiap hari akan lebih sihat dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersapan pagi. Sarapan akan membuatkan tubuh lebih cergas dan daya ketahanan badan yang lebih tinggi dan ini menyebabkan kanak-kanak ‘kurang ponteng' ke sekolah.


2. Makanan seimbang

Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya akan makan secara sihat sepanjang hari. Tabiat sarapan pagi mendorong mereka untuk mengamalkan makanan yang lengkap dengan segala nutrisi harian. Ini dapat mengelak mereka mengambil makanan ringan yang tidak bekhasiat.


3. Kanak-kanak lebih bijak

Kajian mendapati kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi, cenderung mendapat markah lebih tinggi dalam kelas, banyak terlibat dalam setiap aktiviti pembelajaran, dapat membaca dengan lebih lancar, cekap menjawab soalan matematik dan kurang tertekan atau stress berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi. IFIC juga mengatakan sarapan dapat menambah kecerdasan otak dan ingatan, meingkatkan tumpuan serta berkebolehan menyelesaikan masalah.


4. Berat badan ideal

Kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi juga didapati mempunyai berat badan yang lebih ideal. Mereka didapati kurang mendapat penyakit dan kecederaan. Sarapan pagi yang berkhasiat dan lengkap membuatkan mereka kurang mengambil makanan secara berlebihan apabila tiba waktu makan seterusnya seprti tengah hari sekaligus dapat mengelak gejala obesiti yang banyak berlaku pada kanak-kanak zaman sekarang.



Lihat juga:

Nutrisi Penting Untuk Kanak-Kanak

Multivitamin Mudah Dikunyah untuk Kanak-kanak

Omega 3 Makanan Minda untuk Kanak-kanak

5 Sebab Anak-anak Suka Vitalea for Kids





Post a Comment

0 Comments